Thursday 7 April 2011

jiwa hati minda akalku

susur disini penuh likunya
ditepikan segalanya
namun tidak sekejam itu
jiwaku gundah...

melihat mereka sayu
tenung matanya seribu harapan
sentuhan penuh kasihnya
hatiku sebak menerima....

kelu lidah mahu suarakan
terkunci kata ingin bicara
menyangkalkan tidak mampu
mindaku keliru untuk nyatakan yang terbuku....

angan menjauh mencari semangat
fikiran melayang mahu titik henti
hilangkan segala tidak terdaya
akalku serabut untuk menamatkannya.....

KerusiSepi
ShahAlam 05112010
~hanya aku yang rasa tidak kau fahaminya~

No comments:

Post a Comment