Monday 23 January 2012

Matamu

Ape kau lihat pada aku
Mahu apa kau dari aku
Mengapa terus memandang aku begitu
Mana suaranya..mengapa membisu


Mintak saja yang kau ingankan
Jangan kau diam
Aku tidak tahu kemahuan kau
Nadakan peti suara kau itu
Biar jelas dan nyata apa yang kau mahukan


Jangan terus begini
Aku bingung untuk memberi
Tidak rela jika pemberian aku terbiar saja
Jika terus begini aku buntu


Usah kau bulatkan mata bersinar itu
Aku tahu kau mahukan sesuatu
Namun yang mana satu kau ingini
Atau kau sekadar ingin memandang aku


Akal aku sudah terhenti disini
Aku tidak mengerti apa yang kau mahu
Teruskan bermanja dengan aku jika itu yang kau mahu
Usah gusar sama sekali tidak aku buat begitu
Janji aku tidak akan dibiar kau tersisih jauh
Terus dekati aku...
Biar aku manja kan kau semahunya


Aku tetap disisi kau
Selagi aku tidak melangkah pergi...


Sampai waktu aku harus pergi
Dengan izinNya kita bertemu lagi
Bertemu disini dan kau terus temani aku...


Walaupun kau tidak bersuara
Aku selesa cara manja kau itu
Teruskan saja apa yang kau lakukan itu
Manja ku dikaki meja...

-buat si kucing manja dikaki meja-

2 comments: