Wednesday 19 October 2011

bersuara bertindak

mengadap secawan kopi yg tidak berasap tetapi cukup panasnya
mata dilirik setiap sudut..terlihat bermacam ragam manusia warung kopi..
yang separuh umur leka mengadap papan dam
bingkas bersuara si pemuda...
menyatakan resah dengan segala soal keperluan
yang perlu mengunakan wang yang banyak
mencelah pebancuh kopi sokong menambah
anak-anak mahu dijamin masa depan dengan ilmu
tapi peritnya wang
ya wang yang perlu diterbangkan
"pemimpin kita perlu ditukar,yang berkuasa ini perlu diturunkan"
lagak laung si muda laksana ayam jantan
si tua yang sekian lamanya tidak bersuara...
meletak cawan kopi o yang pekat
melihat si muda dan bersuara...
"teguhkan pendirian,jalankan tugas mu pada waktunya"
si tua kembali mencapai cawan kopi
"sudah kau lakukan tugas pada usia mu kini?"
"tergolong sudah dalam mereka yang akan memilih?"
si muda terdiam..."masih belum berdaftar"
si tua tersenyum sinis menghirup kopi o pekat kembali
si muda tidak lagi betah berkata
si tua berlalu meninggalkan kepingan-kepingan syiling dimeja
berlalu dengan langkah lemah dan berpesan
"bersuara dan bertindak anak muda"
"siapa saja yang kau pilih,mereka yang mana kau mahu"
"bersuara dan bertindak "
"bersuara dan bertindak semua"
.
.
.
.
.
@paasar seni balik pulau...

No comments:

Post a Comment