Friday 3 June 2011

Boleh Tanyakan Saya Jawapkan

kamu boleh tanyakan saya.
apakah erti berdua ini?
biar saya tanyakan kembali.
bolehkah saya hanya tersenyum begini?
kerana inilah jawapan saya.

cinta kamu buat saya mahu senyum selalu.
walau kiri kanan itu sarat berserabut.
kamu ringankan dgn senyuman.
boleh?

Boleh saya jawapkan...
Berdua ini melengkapkan hidup
Rusuk yang terkurang ada pada mu
tidak meminta kembalikan ia
cuma ingin bersama mengisi
Isikan yang mana ada kosongnya..

Jangan diberi sejuta kata
senyum mu,..itu saja sudah berkata
pohonku cuma satu..jangan terus tidak bersuara
kerna senyum mu itu berjuta makna..

tidak meminta sungai syurga ditelapak kaki..sekadar berhajat riba menumpang lelap...

1 comment: