Sunday 1 May 2011

lupa terlupa melupakan atau dilupakan

Aku pening dengan semua ini.Dimana silapnya??
Aku terus begini dengan tiada arah tujuan....
Menanti sesuatu yang mungkin telah melupakan segalanya.
Lupa pada semua yang terjadi.
Adakah semuanya kerana aku terlupa untuk melupakan semua itu.
Melupakan semua itu adalah satu kelupaan yang tidak dapat aku lupakan.
Adakah dia begitu mudah melupakan....
Atau dia terlupa semua itu.
Aku terus diam bagi cubaan melupakan semua...
Tetapi aku tidak lupa semuanya.
Bagaimana bisa aku lupa...
Pada benda yang mustahil aku terlupa apatah lagi melupakan.
Masa berlalu begitu....
Tanpa sesaat pun aku lupa padanya
Disaat aku cuba berlakon seperti melupakan tapi aku terlupa dalam kelupaan yang cuba dicipta oleh diri aku sendiri.
Diwaktu aku cuba untuk melupakan aku lupa untuk melupakan semuanya.
Mustahil bagi aku untuk melupakan semua janji yang tidak akan aku lupa mahu pun terlupa apatah lagi dilupakan.
Aku telah berjanji denganNYA dan pastinya aku tidak akan melupakannya walau pun pada ketika kelihatan aku seakan terlupa….
Sebenarnya aku tidak dapat melupakan dia
Kerana dia telah menjadikan apa yang telah terjadi keatas aku dan apa yang terjadi kepada dirinya Kerana dia terlupa akan diri aku hingga aku terlupa segalanya pada suatu masa bagi mencari satu jawapan yang boleh aku melupakan semua kepedihan itu dan aku terlupa pada kesan akibat kelupakan yang dilakukan kesan dari dia melupakan aku pada masa itu.
Dia terus berdiam tapi.....
dia terlupa sebenarnya , terlupa untuk bertanya kenapa aku boleh terlupa pada semua pada ketika itu.

1 comment:

  1. wah sedap benda ni.

    hang bacalah aku punya juga ya.

    http://cikputehsalih.blogspot.com/

    hehe

    ReplyDelete